Assalamulaikum dan salam sejahtera. Peringatan dan perhatian buat semua dealer atau pengedar Onexox di luar sana. Jangan sesekali membuat pendaftaran palsu atau menyalahgunakan maklumat bagi pendaftaran simkad Onexox.

SILA AMBIL PERHATIAN!!
 
Sekiranya anda didapati membuat kesalahan pendaftaran berikut anda akan dikenakan;

  1. DENDA RM500 AKAN DIKENAKAN BAGI SETIAP NOMBOR TELEFON YANG DIDAFTARKAN DENGAN DOKUMEN PALSU.
  2. NOMBOR TELEFON PENGGUNA YANG DIDAFTARKAN MENGGUNAKAN DOKUMEN PALSU AKAN DISEKAT.
  3. JIKA ONEXAPP ANDA BERMASALAH, SILA BETULKAN KEDUDUKAN CAHAYA ATAU TUKAR HP LAIN.
  4. JIKA DOKUMEN PENGGUNA BERMASALAH/ROSAK, PENGGUNA PERLU MEMBUAT PENGGANTIAN MYKAD/PASPORT YANG BARU DI JPN.
Pihak syarikat mendapati bahawa terdapat beberapa pendaftaran palsu dikesan dibuat oleh segelintir pengedar menggunakan dokumen peribadi (MyKAD, pasport) yang telah disunting (edited). Aktiviti ini telah menyebabkan beberapa pengedar terlibat telah pun dikenakan tindakan iaitu PENAMATAN AKAUN PENGEDAR dan DISERAHKAN KEPADA PIHAK BERKUASA untuk tindakan undang-undang. Sila ambil maklum bahawa pihak syarikat sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa seperti SKMM & PDRM dalam memerangi jenayah siber.
 
Oleh itu sebagai peringatan, sila pastikan anda terus mengikut garis panduan yang ditetapkan syarikat dan SKMM bagi mengelakkan kesulitan. Ingin dijelaskan di sini, pengedar TIDAK BOLEH membuat pendaftaran menggunakan dokumen yang disunting (edited) walaupun maklumat yang disunting adalah asli.
 
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sila gunakan platform Online Affiliate Program yang telah diperkenalkan. Jangan sia-siakan usaha anda selama ini hanya kerana alasan "IC tak boleh scan".
 
"SEBARANG RAYUAN TIDAK AKAN DILAYAN" 
 
Sila berhati-hati & jangan terjebak. Terima kasih.