Apa Itu Season Pass 'Welcome Deal'?
Season Pass 'Welcome Deals' merupakan pakej yang memberi kuota lebih baik dan merupakan syarat baru untuk layak Tempoh Aktif 28 Bulan bagi plan ONEXOX Prepaid.
Pakej Season Pass 'Welcome Deal' ditawarkan hanya untuk PELANGGAN BARU yang mendaftar melalui MNP (Kekal Nombor Lama) ataupun Pek Permulaan Nombor Baru.
Pembelian pertama Season Pass 'Welcome Deals' didatangkan bersama Tempoh Aktif 28 Bulan secara automatik. Pelanggan baru boleh membeli mana-mana pakej Season Pass 'Welcome Deals' yang ditawarkan setelah simkad diaktifkan sah dalam masa 10 hari dari tarikh simkad mula aktif.
Berapa Banyak Pakej Season Pass 'Welcome Deal' Yang Ditawarkan?
Terdapat LIMA (5) pakej Season Pass 'Welcome Deal' yang ditawarkan:
SP FATVOICE = 333 Mins
SP FAT5M = 5GB + 100 Mins
SP FAT20 = 20GB
SP FAT10 = 10GB + 10GB
SP FAT10M = 10GB + 333 Mins
Adakah Kuota Season Pass 'Welcome Deal' Boleh Dikongsi?
Kesemua kuota Data dan Minit yang ada di kaunter Season Pass boleh dikongsi.
Hanya data 10GB yang aktif (dari pakej SP FAT10) dan 20GB (dari pakej SP FAT20) tidak boleh dikongsi kerana ianya telah diaktifkan serta merta sebaik setelah pembelian dibuat dan sah digunakan bagi tempoh 30 hari.
Apakah Item Yang Boleh Dikongsikan Dari Kaunter Season Pass 'Welcome Deal'?
- Data dan Minit Panggilan boleh dikongsi.
- Pengirim akan dikenakan caj perkhidmatan 50sen bagi setiap SMS perkongsian yang berjaya dibuat.
- Maksimum 3 perkongsian setiap hari.
- Had perkongsian (bagi setiap transaksi):
– Maksimum 10GB data
– Tiada had untuk Minit & SMS
Sekiranya Saya Membuat MNP Atau Membeli Pek SIM Baru Melalui Online Store XOX, Adakah Saya Layak Untuk Tawaran Season Pass 'Welcome Deal'?
Ya. Anda layak dapatkan tawaran Season Pass 'Welcome Deals' selagi anda membeli dalam tempoh 10 hari selepas pengaktifan.
Pembelian melalui Online Store XOX juga boleh dibuat bersama dengan pakej Season Pass 'Welcome Deal'.
0 Comments