Syarat Utama Sebelum Pertukaran (Mobile Number Portability - MNP) Ke Telco Baru

Ada beberapa perkara perlu diambil kira sebelum tukar telco asal ke telco Onexox ni.

  1. Pastikan simkad nombor asal tu didaftarkan atas nama sendiri. Atau atas nama orang yang anda boleh dapatkan kad pengenalannya.
  2. Pastikan sim yang nak ditukar taliannya tu aktif. Boleh buat panggilan keluar dan boleh terima panggilan.
  3. Pastikan ada kredit sekurang-kurangnya RM2. Sekiranya nombor tu adalah postpaid, pastikan bill telah dibayar mengikut jumlah current bill dan lebihkan RM2 dari jumlah itu.
  4. Pastikan simkad asal tiada hutang. Sama ada hutang SOS, credit advance, atau bil tertunggak.
  5. Pastikan simkad asal berada di dalam phone semasa proses MNP dilakukan oleh dealer telco. Proses Nak tukar telco (ke Onexox). Proses Port Out.

Simkad asal mesti berada dalam telefon dan simkad baru Onexox biarkan dulu dalam bungkusannya. (jangan masukkan simkad onexox dulu).

Dealer akan buat proses MNP menggunakan apps khas dealer. Dealer akan scan kad pengenalan dan memasukkan butiran yang sepatutnya ke dalam borang pendaftaran.

Selepas selesai pendaftaran, pengguna perlu tunggu SMS confirmation dari telco asal.
Pengguna perlu reply SMS confirmation daripada telco asal itu. Kena reply sms ni dalam tempoh yang ditetapkan. Kalau lambat reply, proses akan terbatal secara automatik dan perlu diulang (resubmit) oleh dealer.

Selepas reply SMS tu, tunggu talian simkad asal menghilang. Selepas line telco asal dah hilang, masukkan sim Onexox dan boleh guna simkad Onexox. Buang simkad asal jauh2. 

Terus setia guna Onexox ye. 

Tahniah!

Sekarang anda berjaya menggunakan satu-satunya telco yang patuh Syariah di Malaysia.
Tahniah kerana telah berjaya tukar telco dan kekalkan nombor lama ke Onexox.